Thursday 13 November 2014

exam

alhamdulillah..done with my first paper..edu 3053 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran..
syukur ya Allah berjalan dengan lancar..
dua lagi paper ditempuh sebelum balik kampuuuuuunnnggggg!
kerberkatan ilmu itu penting kan dalam menuntut ilmu..sia-sia ilmu tanpa keberkatan..salah satu utk kita mendapat keberkatan ilmu ialah menjaga hubungan semasa Tuhan apa lagi sesama MANUSIA..
oleh itu..demi mendapat keberkatan ilmu yang telah aku hadam,, mohon maaf menyakiti, tersakiti dan disakiti..
mohon maaf dan anda dimaafkan..
antara kata-kata yang buat aku kuat utk belajar ----------->

- Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam Al Ghazali)

- Jika kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan (Imam As Syafi'ie)

- apa yang saya cinta tentang ilmu adalah, lebih panjang saya mengaji lebih berpeluang untuk saya saksi betapa ajaibnya kuasa Tuhan dan betapa sekutilnya pengetahuan saya. (Nota dari North Ryde, ms 94 perenggan 4 baris 13-16)


niat menuntut ilmu kerana Allah itu penting :D
all the best semua!

Monday 3 November 2014


Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.


Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
aripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

sumber: http://www.islamituindah.my/fadhilat-puasa-sunat-asyura

Selamat Ulang Tahun

#posttertunda

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kau dustakan? (Ar-Rahman)


Habis bumi dan seisinya untuk aku hitung segala kurniaan Tuhan
syukur atas segala pinjaman-Mu selama 21 tahun aku menghirup percuma udara-Mu,
berteduh sejuk di langit-Mu,
berdiri teguh di tanah-Mu.

-------------------------------------------
Tiada insan yang selayaknya aku agungkan di hari terindahku kecuali ayah ibuku..
mama, babah..
terima kasih untuk 21 tahun dan akan terus menghitung selagi Tuhan kasih..
untuk segala gusar, kacau, resah, menghidupkan aku yang kepala batu..
untuk ibu yang bertarung nyawa untuk aku..engkau ratuku,,
untuk babah yang bertegang urat mencari makan untukku..engkau rajaku..

sayang kalian..
28 oktober 2014- ulang tahun kelahiranku
#selamatulangtahunaku



Thursday 23 October 2014

kembali :D

setelah sekian lama membiarkan blog ini terbengkalai..bukan kerana bosan atau tidak berminat..cuma terdapat sedikit kekangan masa dan beberapa masalah lain..
tapi kini ingin terus bergiat aktif semula..




dan ingin menjadikan blog ini teman berbicara.. :)

Thursday 2 January 2014

ujian..

kerana ini hidup.penuh ujian..
kaya miskin..ujian..
sihat sakit..ujian..
berjaya gagal..ujian..
aku kamu kalau ujian tiada..kita lupa..alpa..
bersangka baiklah dengan Tuhanmu..Dia tahu segalanya..
kau aku mereka..mungkin mampu..
mampu tempuh redah lalu ujian itu..

#a big congratulations to myself..TERUSKAN..jgn ada niat untuk jatuhkan apa yg sdh kita perolehi..maintain it!improved it!
#say ALHAMDULILLAH :')

tahun baru..

alhamdulillah..nikmat Allah kurnia kita hari demi hari..
hari silih berganti..tahun bertukar tahun..
hidup kita umpama roda impian..klu terkena bonus yg banyak..syukur rezeki..kalau hilang giliran,putar lagi dengan harapan yang baru..
that is what we called LIFE..it has its ups and downs..
just like roller coaster..ups and down..but it was a CHOICE for us to scream or enjoy the ride..choose the best..
tahun baru..mereka suka tnya azam..aku punya azam bawa ke hadapan azam yang lama..kesian..belum tercapai agaknya..
alhamdulillah :)

Wednesday 9 October 2013

selesai..

alhamdulillah ya Allah..
tertunai satu amanat diamanahkan utk diri..
syukur dan terima kasih Tuhan..
hati yang lapar diberi makanan..
makanan rohani buat hati yg mati..
Allah..jgn Engkau biarkan hati ini lapar..
kelak nafsu menguasai..
Allah..hati mati ini merintih..
mata dunia ini menangis jua..
dek cemburu soleh solehahnya mereka..
mata,tangan,mulut, TERPELIHARA..
apa lg hati..TREKUNCI..pada perkara yg sia2..
sedang aku..lalai alpa dengan permainan dunia..
Allah..hati mati ini Engkau sentuh..semoga aku jaga sentuhan ini..
Ya Rabbi..aku mohon agar istiqamah menjaga hati..
Allah..pelihara hati ini dr kaca mata dunia..
cinta manusia,sibuk dunia..pelihara aku..jaga aku..
jgn biar aku sendiri sungguh aku takut..kerana permainan dunia ini seronok..
jgn jadikan aku peserta permainan itu..

# Allahurobbi..keep the fragile heart of mine..from being swayed away from Allah..amin