Monday 30 September 2013

Adilkah?


azan dilaung di corong suara,
memecah kehingaran di segenap dimensi,
tanda hormat, tanda peka, 
pada seru si Ilahi,
bergema penuh keamanan, kebebasan,
saudara di sana?bagaimana?
azan diselami, dalami dan mengalami,
dalam curam ketakutan..
ayuh kalian!
kita letak posisi dalam situasi,
moga hayati saat aman ini..

#1.23 pm

kata mereka

Pesan orang bijaksana: "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia menasihatimu dgn ikhlas kerana Allah SWT. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu atau menyatakan yg dia pandai & kamu jahil!" Justeru, berhati-hatilah, walaupun dlm melakukan kebaikan. Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. #repost #drhajimohdfadzillahkamsah

ya benar..nasihat itu baik..
orang yang mendengar,bukan senang,juga bukan lenang untuk terus pahat nasihat itu dalam hati..
nasihat biar berhemah..walaupun bkn 100 peratus diterima tapi syukur kalau pun 1 peratus sahaja sangkut..
kata hati pasti sampai dalam hati..sampai ke mati..

kalau aku pun..
orang nasihat aku macam dia putih dan aku hitam..
payah utk aku dengar..atau mmg aku yg telinga kuali??~dijauhkan~

hipokrasi

Sukar faham diri..
Tatkala sibuk mencari Tuhan..
Pasti ada serangan si syaitan..
Lalu hati alpa mengia apa katanya..
Lalu lupa misi mengejar Tuhan..
Tp ku pujuk hati itu ujian..
Tp ku juga takut mereka kata aku hipokrit..
Mohon jangan kata aku hipokrit..
Hipokrasi si hipokrit..
Kerana iman itu turun naik..
Dan moga ia terus naik..
Mohon kalian mendoa..
Bismillah..
Ini dunia..fatamorgana..bertimbun benda aku mau kata..banyak rasa aku mau luah..tp sayang..sungguh kadang kala aku punya mulut apa lagi rahang terasa berat mau terbuka..akhirnya otak ligat bfikir dimana mau kata..mungkin blog ni caranya..biar bukan semua orang baca apa tp sekurangnya terluah..kan susah kalau berat mulut.. :)